Penentuan Waktu dan Kepentingan
Paskah merupakan tempoh Hari Suci pertama dalam kalendar suci, iaitu satu kalendar lunar yang terdiri dari dua belas bulan lunar dengan satu bulan ketiga belas sebanyak tujuh kali dalam kitar kalendar itu, yang berulang setiap 19 tahun. Tahun suci bermula pada bulan Nisan, atau Abib, atau sekitar bulan Mac dan berakhir dengan bulan Adar selaku bulan kedua belas, atau Adar II selaku bulan ketiga belas.
Paskah didahului oleh tempoh Pengudusan Bait Suci, yang bermula pada hari pertama bulan pertama dan berterusan hingga hari ketujuh bulan pertama, iaitu hari pengudusan mereka yang berdosa dengan tidak sengaja dan dengan tidak sedar (lihat karya Pengudusan Bait Suci Tuhan [241]).
Paskah adalah suatu hari raya peringatan yang mewakili suatu siri ciri-ciri di dalam rencana keselamatan. Pemeliharaan Paskah dan Hari-hari Roti Tidak Beragi merupakan satu tanda kepada kita bahawa kita adalah umat Tuhan (Keluaran 13:3-10). Peristiwa Keluaran membentuk dasar perayaan ini, dan sungguhpun cerita itu berdasarkan pada keselamatan fizikal bangsa Israel, simbolisme perayaan ini mewakili keselamatan rohani seluruh planet ini. Planet ini berada di bawah kekuasaan Elohim yang jatuh murtad yang dipimpin oleh kerub yang menutupi/berjaga yang dipanggil Iblis (Syaitan). Ini dibincangkan dalam penjelasan-penjelasan mengenai kosmologi dalam karya-karya Umat Pilihan Sebagai Elohim [001] dan Tuhan Yang Kita Sembah [002]. Mesias digambarkan oleh pengorbanan anak domba Paskah itu serta turutan perayaan ini. Perayaan ini sebenarnya berdasar sekeliling pengunduran ketenteraan besar-besaran dari negeri Mesir yang digunakan untuk menggambarkan penebusan dunia ini dari dosa. Kristus adalah hasil sulung tuaian dunia ini. Itulah sebabnya kenapa tiga musim perayaan itu berdasarkan pada sistem tuaian di hemisfera utara dan khususnya di Yerusalem, yang telah dipilih sebagai pusat struktur pentadbiran kerajaan Tuhan, untuk zaman milenium dan juga zaman selepas milenium.
Kristus sebenarnya menurut peraturan-peraturan Paskah sepanjang tempoh di mana disalibkan. Oleh kerana Kekristianan moden hari ini memelihara perayaan Easter orang pagan, ia tidak mempunyai penjelasan bagi perjamuan yang dikenali sebagai Perjamuan Akhir itu, dan juga bagi penetapan masa sebenar untuk permulaan serta pengakhiran perayaan tersebut. Simbolismenya umumnya telah hilang dalam Kekristianan moden.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar